Sunday, October 26, 2014

SUBJEK MATTER

MASJID BEIJING, KELANTAN





Masjid ini dikenali sebagai Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra tetapi sinonim dengan panggilan Masjid Beijing yang diilhamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Y.A.B Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masjid ini menggabungkan seni bina Cina dan Islam yang mana menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing, China.
Masjid ini dibina pada 12 September, 2005 dan telah dirasmikan pada bulan Ogos 2009 yang terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas, Rantau Panjang kira - kira 2 kilometer dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar. Kos keseluruhan pembinaan Masjid Beijing ini berjumlah RM8.8 juta yang mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu - satu masa. Setiap tahun masjid ini menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar Kelantan serta pelancong antarabangsa untuk melihat dengan lebih dekat seni binanya.





















































































































No comments:

Post a Comment