Thursday, October 9, 2014

                                                                 





                                                          PENGENALAN 


Setelah mandalami dan menyelami dunia arca, saya dapat sebuah definisi baharu berkaitan maksud arca. Sebelum ini saya hanya mengetahui bahawa arca adalah sebuah karya seni yang berbentuk 3 dimensi. Namun, setelah saya berguru dengan sifu tersohor iaitu Dr. Halim, saya dapat mengetahui maksud sebenar arca. Menurut Dr. Halim arca bermaksud sebuah karya seni yang berbentuk 3 dimensi menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dan mempunyai nilai estetik yang tinggi serta dipamerkan di dalam galeri.

Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti  mengukir, memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknya dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak.

Arca bertujuan sebagai seni awam yang dipamerkan di luar, juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.


Justeru, apa  yang paling penting dalam menghasilkan sebuah arca yang baik dan kreatif ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada ciplakan atau plagiat. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian, ciplakan adalah satu kelemahan lebih-lebih lagi jika penghasilannya bertujuan komersial. Keaslian sesebuah arca itu haruslah dijaga agar nilai estetiknya itu dapat ketengahkan.


1 comment:

  1. Graton Casino Hotel Reno, NV | Mapyro
    The Graton Casino 서산 출장샵 Hotel Reno is a five-minute drive from the Reno-Tahoe International Airport. This lively 공주 출장마사지 5-star 나주 출장안마 resort has more than 2,000  Rating: 7.7/10 · 전라북도 출장샵 ‎3,024 안양 출장안마 reviews

    ReplyDelete